Portal RasmiKERAJAAN NEGERI SELANGOR |
|
Permohonan Program JAIS - Majlis Kemuncak Meterai Kontrak Maknawi Negeri Selangor 2024
Jabatan Agama Islam Selangor dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah dan Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI) dengan sukacitanya mempelawa anda untuk menyertai
MAJLIS KEMUNCAK METERAI KONTRAK MAKNAWI NEGERI SELANGOR 2024M/1445H
Majlis ini merupakan program Walimatulurus bagi meraikan pasangan raja sehari yang telah melangsungkan pernikahan pada tahun 2024, sebelum 15 September 2024. Ia bertujuan membantu meringankan kos perbelanjaan kenduri kahwin dan secara tidak langsung dapat mendidik masyarakat dengan konsep walimatulurus yang dianjurkan Islam.
Majlis ini bakal diadakan pada :
Tarikh : 21 September 2024 (Sabtu)
Tempat : Dewan Jamuan, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Dengan bayaran penyertaan sebanyak RM500.00 (setiap pasangan), mereka bakal menerima keistimewaan berikut :
-Percuma Mahar Pernikahan (RM 300.00)
-Percuma Kad Perakuan Nikah
-Set Photobooth
-Pelamin
-Fotografi
-Cenderahati Pengantin
-Kompang
-Goodies tetamu
-Santapan Barakah
-Jamuan Tetamu (20 orang ahli keluarga)
-Pakej Percutian Bulan Madu 2 hari 1 malam
Butiran lanjut :
-Terhad untuk 25 pasangan sahaja
-Tarikh Tutup Permohonan : Sebelum atau pada 30 Ogos 2024
-Layari & Hubungi Untuk Maklumat Lanjut & Syarat-syarat penyertaan di www.jais.gov.my atau hubungi Urus setia Seksyen Pembangunan Keluarga di talian ????03-5514 3595/ 3594 / 3470 / 3473
>>Download borang permohonan
>>Rujukan Portal JAIS : https://www.jais.gov.my