hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

DILEMA PEMBELI RUMAH SELANGORKU - 01.03.2016

Dilema pembeli Rumah Selangorku

 

 

SELAYANG - Penyediaan dan penawaran bagi Rumah Selangorku mencapai sasaran namun pembeli menghadapi masalah untuk mendapatkan pembiayaan.

 

 

 
Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Norzatun Aini Mohd Kassim berkata, penyediaan dana oleh kerajaan negeri disediakan bagi peneroka bandar selain kaedah pinjaman bank kepada pemohon.
 
Menurutnya, rundingan bersama beberapa pihak bank telah dibuat dalam usaha membantu pemohon mendapat kelulusan pinjaman.
 
“Ada antara bank menunjukkan  minat memberikan bantuan melalui beberapa syarat yang perlu dipatuhi.
 
“Antaranya pembeli mestilah tidak mempunyai bebanan hutang yang tinggi,” katanya kepada Sinar Harian, kelmarin.
 
Katanya, meskipun keadaan ekonomi kurang memberangsangkan namun permintaan oleh pemaju membina Rumah Selangorku memberangsangkan.
 
“Pemaju lebih berminat mendirikan rumah mampu milik berbanding harta bebas atas faktor permintaan tinggi dan membawa pulangan.
 
“Tahun lepas sebanyak 18,000 unit Rumah Selangorku dibina melebihi sasaran awal iaitu sebanyak 15,000 unit.
 
“Sebanyak 50,000 unit telah diluluskan dan ada antaranya belum memulakan projek. Menjelang 2020 sasaran membina 70,000 unit rumah Selangorku diletakkan dan berharap tercapai,” katanya.
 
Beliau berkata demikian sewaktu menghadiri program Pengurusan Bangunan strata (Skora) di SMK Ideal Heigh melibatkan pendedahan dan pendidikan awal kepada pelajar berkenaan unit bertingkat atau pangsapuri.
 
Program telah dijalankan sejak tahun lepas dan sebanyak empat buah sekolah terlibat dalam program itu disusuli tiga lagi di kawasan Kajang, Shah Alam dan Kuala Selangor sehingga hujung tahun ini.
 
Norzatun Aini berkata, melalui program ini diharapkan golongan sasar bersedia awal dan memahami peranan harta bersama dan bertanggung jawab dari segi komitmen bil penyelenggaraan, pembentukan badan pengurusan bersama dan kemudahan.

Kemaskini pada 2016-05-12 15:08:14 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page