hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

TERHARU ADUN TEMPLER HULUR BANTUAN - 06.03.2016

Terharu Adun Templer hulur bantuan

GOMBAK - “Hampir setengah jam saya berpanas di tepi jalan tapi tiada kenderaan berhenti hulurkan bantuan. Sedang sibuk meletakkan kon, saya tak sedar ada seorang wakil rakyat dengan lambang plat kereta kerajaan negeri datang membantu,” demikian perkongsian penceramah Mohd Zamani Ismail atau lebih dikenali Mohd Zamani Al-Besuty.
 
Menurutnya, dia tidak menyangka bahawa wakil rakyat itu adalah Adun Templer, Zaidy Abdul Talib dan peristiwa hampir dua minggu lalu itu begitu menyentuh hatinya yang ketika itu dalam perjalanan dari Gombak mahu menghantar anaknya pulang ke asrama di Kuala Kubu Bharu.
 
“Mungkin sebab bukit Ulu Yam tinggi ketika itu, suhu kereta saya jadi panas. Beliau (Zaidy) yang ketika itu dari arah bertentangan sanggup membuat pusingan semata-mata untuk membantu selepas melihat ada anak-anak kecil di luar kereta.
 
“Beliau menyapa terlebih dahulu dan menawarkan bantuan tapi memandangkan saya telah menghubungi saudara yang dalam perjalanan, saya menolak secara baik.
 
"Beliau hanya beredar selepas memastikan  saudara saya datang,” katanya.
 
Zamani berkata, dia hanya mengenali Zaidy melalui laman sosial memandangkan beliau adalah wakil rakyat selain pertemuan secara tak rasmi melalui program-program tertentu.
 
“Zaidy memang dikenali sebagai wakil rakyat yang berjiwa rakyat dan ianya benar melalui pengalaman saya sendiri yang dalam kesusahan ketika kereta rosak.
 
“Saya sememangnya terharu dan sangat menghargai keprihatinan Zaidy yang sanggup membantu saya yang hanyalah orang biasa ini,” katanya.
 
Katanya, beliau berharap perkongsiannya mengenai keperibadian yang juga Exco Selangor itu dicontohi bukan hanya buat wakil rakyat tetapi orang awam lain dengan memberikan bantuan orang yang dalam kesusahan.

Kemaskini pada 2016-03-07 09:56:34 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page