Pemakluman Permohonan Lesen Minuman Keras

PERMOHONAN MEMPERBAHARUI LESEN MINUMAN KERAS BAGI DAERAH HULU LANGAT BAGI TAHUN 2017

        Adalah dimaklumkan bahawa Pihak Lembaga Perlesenan Eksais Bil.1/2016 yang telah bermesyuarat pada 30 Mac 2016 (Rabu) telah membuat keputusan untuk tidak lagi menerima sebarang permohonan memperbaharui yang lewat daripada tarikh tutup berkuatkuasa mulai tahun 2017. Untuk makluman tarikh tutup yang ditetapkan bagi semua permohonan memperbaharui lesen menjual minuman keras tahun 2017 bagi Daerah Hulu Langat adalah 15 September 2016.

 

       Oleh yang demikian, sekiranya permohonan memperbaharui lesen dihantar selepas tarikh 15 September 2016, permohonan tersebut akan ditolak serta-merta dan pemohon dikehendaki mengemukakan permohonan di bawah lesen yang baru (new liquor license's application). Tujuan keputusan ini dibuat adalah untuk memastikan semua permohonan memperbaharui lesen dapat dihantar kepada jabatan/agensi yang berkaitan untuk ulasan dalam tempoh yang lebih tersusun dan teratur.         

 

        Pentadbiran ini mengingatkan pihak tuan supaya menghantar permohonan memperbaharui lengkap bersama dokumenn yang diperlukan sebelum atau pada tarikh tutup 15 September 2016. Senarai semak boleh dimuat turun di bahagian E-SERVIS portal jabatan ini. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada En.Jurasmadi bin Pauzi di talian 03-89251992 (sambungan 556) atau Pn.Mogna Silvakumaran di talian 03-89251992 (sambungan 560) atau email jurasmadi@selangor.gov.my atau mogna@selangor.gov.my


Kemaskini pada 2016-08-22 16:12:04 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page