Khas Untuk Pengguna [ x ]


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN
PDTHL

alt
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
alt  alt

pdthl

alt   

alt    alt    alt   

Pinjaman Pelajaran Selangor

image

TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
SESI PERTAMA TAHUN 2010

(MULAI 1 FEBRUARI 2010 - 1 APRIL 2010)

Pemohon adalah dipelawa untuk memohon Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor dan Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir ‘Fast Track’ bagi mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi Sesi Pertama Tahun 2010 bermula pada 1 Februari 2010 (Isnin).
 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

1. Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat D.Y.M.M. Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:

(i) Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
(ii) Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
(iii) Pemohon lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; atau
(iv) Pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.

 

2. Tawaran ini adalah terbuka bagi peringkat pengajian seperti berikut:

(i) Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor:

Semua bidang pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta pengajian peringkat Sijil di Politeknik/ Kolej Komuniti (tidak termasuk Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ ACCA/ Ijazah Lanjutan).

(ii) Pinjaman  Pelajaran Tenaga Mahir ‘Fast Track’ Negeri Selangor:

Bidang kemahiran dan teknikal peringkat Sijil di IPTS tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian dalam tempoh kurang dari satu (1) tahun sahaja.


PROSEDUR PERMOHONAN

1. Borang permohonan berharga RM3.00 boleh diperolehi melalui:

(i) Kaunter: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 3, Bangunan SSAAS, 40503 Shah Alam; atau

(ii) Pos: Dengan mengemukakan sampul surat 16 cm x 23 cm yang dilekatkan dengan setem 50 sen beralamat sendiriserta no. telefon untuk dihubungi beserta wang pos/ money order bernilai RM3.00 atas nama Bendahari Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor ke alamat seperti yang tersebut di bawah.

Borang-borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar terus ke alamat berikut:
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

 

2. Tarikh tutup permohonan adalah pada 1 April 2010 (Khamis). Borang-borang yang diterima selepas tarikh tersebut atau didapati tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan permohonan, sila hubungi Urus Setia di talian 03-55447480/ 7481/ 7482/ 7543.
 

3. Permohonan yang tidak mendapat sebarang maklumbalas dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tutup permohonan ini adalah dianggap tidak berjaya. Keputusan permohonan boleh disemak melalui laman web rasmi Negeri Selangor www.selangor.gov.my.

Muat Turun Hebahan Tawaran Pinjaman Pelajaran Selangor image


Kemaskini pada 2018-01-15 11:28:28 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page