Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Polis Buru Suspek Kes SMS Ugutan

sms

KUALA KUBU BHARU - Polis Hulu Selangor kini sedang giat memburu suspek yang terlibat dalam kes ugutan jenayah melibatkan ceti haram.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R. Supramaniam berkata, suspek, Ong Kah Chun, 23, melakukan ugutan terhadap seorang pengadu pada Ogos lalu.

“Pengadu, 38, bertemu kami Ogos lalu dan mengadu menerima mesej pesanan ringkas (SMS) yang berbaur ugutan.

“Mesej tersebut berbunyi, “saya Sky punya bos, u jangan main-main”. Mesej tersebut berbaur ugutan.

“Pengadu mengakui pernah membuat pinjaman dengan lelaki bernama Sky sebanyak RM1,000 namun hanya menerima jumlah wang RM480 yang dimasukkan ke dalam akaun bank pengadu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, pinjaman wang dibuat pada 4 Ogos lalu dan jumlah hutang sudah pun dijelaskan sepenuhnya tetapi Sky mendakwa pengadu masih lagi belum menjelaskan hutang.

“Pengadu terpaksa membuat laporan polis bagi menjamin keselamatan dirinya dan keluarga.

“Polis mendapati alamat yang digunakan suspek adalah di Kuala Selangor,” katanya.

Tambah Supramaniam, kes kini disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan atas kesalahan menakutkan secara jenayah.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh berhubung terus Pegawai Penyiasat, Inspektor Firdaus di talian O3-60641222,” katanya.


Kemaskini pada 2015-10-02 11:48:17 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page