Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Polis Jumpa Petunjuk Baru

Polis jumpa petunjuk baharu
Petunjuk yang dijumpai pasukan mencari dan nmenyelamat berupa baju tidur, pakaian dalam, kapas dan pisau.

KUALA KUBU BHARU- Pihak polis yakin guru besar hilang, Jashiah Rabu, 53, masih lagi berada dalam kawasan pencarian sekitar perkampungan Orang Asli, Kampung Buluh Telur.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, pihaknya yakin Jashiah masih ada dan misi mencari dan menyelamat akan diteruskan walaupun sudah masuk hari ke-13 kehilangan guru besar itu.

“Setakat ini, masih belum ada lagi perkembangan positif. Namun usaha untuk mencari dan menyelamat diteruskan hingga hari ini (semalam) dan misi sudah masuk hari ke-10.

“Untuk hari ini (semalam), kita hantar 74 anggota terdiri daripada polis dan agensi menyelamat yang lain.

“Usaha mencari masih lagi ditumpukan di kawasan hutan dan Bukit Kutu dalam lingkungan dua kilometer (km) radius,” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) IPD Gombak, IPD Hulu Selangor dan IPD Sungai Buloh di Maktab PDRM, semalam.

Jashiah dikatakan keluar dari rumahnya di Taman Seruling, 23 Oktober lalu ketika suaminya mengambil anak mereka dari sekolah di Rawang.

Hingga kini, usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan walaupun tiada perkembangan positif berhubung kehilangan guru besar itu.

Abdul Samah berkata, memang pihaknya tidak nafikan ada penemuan bekas makanan di sekitar hutan kawasan pencarian, tetapi kita tidak dapat sahkan lagi sama ada ia milik Jashiah atau milik orang lain yang masuk ke kawasan pencarian kita.

"Tiada lagi klu positif menunjukkan Jashiah berada dalam kawasan pencarian kita, dan kami akan terus berusaha mencari untuk  menyelamatkannya,” katanya.

Pada majlis itu, Abdul Samah menyampaikan anugerah cemerlang kepada 162 kakitangan dan pegawai merangkumi tiga IPD terlibat.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden R Supramaniam mengesahkan terdapat petunjuk baharu berhubung kehilangan Jashiah.

“Pasukan mencari dan menyelamat kita menemui sepasang baju tidur, pakaian dalam, kapas dan pisau di ladang kelapa sawit dua kilometer dari pusat operasi mencari dan menyelamat di Kampung Buluh Telur.

“Bagaimanapun, kita tidak boleh sahkan lagi sama ada ia milik Jashiah atau tidak. Unit anjing pengesan (K9) akan ke rumah Jashiah dan mendapatkan bau pakaian Jashiah dan membuat perbezaan bau dengan baju yang kita jumpa hari ini (semalam),” katanya ketika ditemui media di pos kawalan Kampung Buluh Telur.

Menurutnya, pasukan mencari dan menyelamat juga menggunakan teknologi termo kamera bermula semalam bagi mengesan kehadiran haba manusia di kawasan pencarian.

“Alat ini mampu kesan haba badan manusia menggunakan kamera  pada jarak 500 meter. Kita akan mulakan pencarian dalam lingkungan satu kilometer dari kawasan baju ditemui,” katanya.


Sumber Sinar Harian


Kemaskini pada 2015-11-05 11:52:17 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page