Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Belum Jumpa Petunjuk Positif

Belum jumpa petunjuk positif
Abdul Rahman ketika memberi taklimat kepada pasukan mencari dan menyelamat sebelum melakukan operasi pencarian Jashiah, semalam.

KUALA KUBU BHARU - Operasi mencari dan menyelamat guru besar hilang, Jashiah Rabu, 53, masih lagi diteruskan pasukan menyelamat masuk hari ke-15.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, P Kireetharan berkata, seramai 46 anggota terdiri daripada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), bomba dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat semalam.

“Tidak dinafikan operasi hari ini tak libatkan ramai orang sebab ada yang mula bercuti untuk perayaan Deepavali esok (hari ini).

“Tetapi, pencarian akan kita teruskan walaupun hingga kini tiada sebarang penemuan positif berhubung kehilangan Jashiah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Jashiah dikatakan keluar dari rumahnya di Taman Seruling, 23 Oktober lalu ketika suaminya, Ruzilan Omar, 57, keluar sebentar mengambil anak mereka dari sekolah di Rawang.

Kali terakhir Jashiah dilihat di Kampung Buluh Telur dan pihak penyelamat membuat operasi mencari dan menyelamat di sekitar kampung Orang Asli tersebut.

Hingga kini usaha menjejaki Jashiah masih lagi menemui jalan buntu.

“Petang ini (semalam), kita akan mengadakan mesyuarat bersama Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam mengenai apa langkah seterusnya boleh kita buat dalam usaha menjejaki Jashiah.

“Sama ada mahu tutup atau tidak subtek PDRM di Kampung Buluh Telur, semua itu terletak di tangan beliau.

“Tapi saya percaya ketua polis tidak akan sewenang-wenangnya menutup subtek itu selagi Jashiah tidak ditemui kerana kami sebagai pasukan penyelamat tidak akan berputus asa dalam usaha menjejaki mangsa.

“Jika perlu ditutup sekalipun, pihak kami akan meneruskan pencarian tetapi usaha mencari dan menyelamat akan diteruskan menggunakan skala anggota yang lebih kecil,” katanya.

Menurutnya, subtek tidak boleh ditutup dalam masa terdekat kerana hingga kini, tiada jawapan berhubung kehilangan Jashiah.

“Walaupun operasi dan menyelamat sudah terlalu lama hingga masuk hari ke-15, kita perlu teruskan juga operasi pencarian ini dan itu bukan alasan kita untuk menutup subtek di Buluh Telur.

“Selagi tak jumpa, kita tak akan tutup subtek itu. Kita pun nak tahu jawapan sebenar misteri kehilangan Jashiah,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Abdul Rahman Yahya Zikri berkata, pencarian semalam merangkumi kawasan seluas lapan kilometer persegi.

“Walaupun tiada kesan positif lagi, kita masih lagi buat pencarian dan masih berusaha jejaki Jashiah.

“Memang kita ada kesan tapak kaki tapi buat masa ini, kita tidak boleh lagi nak sahkan itu milik Jashiah.

“Kawasan pencarian masih lagi di kawasan sekitar kerana saksi terakhir pun melihat kehadiran guru besar itu di sini dan sebab itu kita masih lagi fokus,” katanya.

Sumber - Sinar Harian


Kemaskini pada 2015-11-11 08:19:09 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page