Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

MDHS tebang pokok besar

MDHS tebang pokok besar
Sirivickneshwaran turut sama turun padang ketika MDHS membuat kerja menebang pokok besar yang membahayakan penduduk Rasa, baru-baru ini

RASA - Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) mengambil tindakan segera menebang pokok besar yang membahayakan keselamatan penduduk terutamanya pokok yang sudah terlalu tua.

Ahli Majlis MDHS, N Sirivickneshwaran berkata, MDHS dengan bantuan bahagian landskap dan pengindahan bandar melakukan kerja dengan baik selepas mendapat aduan daripada ketua kampung.

“Seramai 15 pekerja landskap dan empat pekerja jabatan pengindahan bandar terlibat dalam kerja menebang pokok.

“Pokok yang ditebang ini juga sudah lama kita pantau kerana dikhuatiri ia mampu mengancam keselamatan terutama jika penduduk melalui jalan yang terdapat pokok besar berkenaan,” katanya.

Beliau turut berharap penduduk kampung dapat membuat aduan segera jika ada masalah lain berkaitan MDHS supaya ia mampu diatasi bersama.


Kemaskini pada 2016-02-04 16:59:21 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page