Severity: Notice
Message: Trying to access array offset on value of type null
Filename: controllers/announcements.php
Line Number: 762
Portal RasmiKERAJAAN NEGERI SELANGOR |
|
[+berita penuh] KUALA LUMPUR 6 DIS: Bank Negara Malaysia (BNM) meminta orang ramai berwaspada terhadap individu atau syarikat yang menjalankan aktiviti pemberian pinjaman wang haram menggunakan lesen palsu yang kononnya dikeluarkan oleh bank pusat itu.
Dalam satu kenyataan hari ini, BNM berkata pihak yang terbabit menyasarkan untuk memperdaya orang ramai supaya mempercayai mereka sebagai pemberi pinjaman wang berlesen dan mengaburi orang ramai membuat pembayaran awal untuk pelbagai tujuan berkaitan pinjaman seperti perbelanjaan pentadbiran, duti setem dan yuran guaman.