Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Pesakit kanser syukur terima bantuan perubatan LZS

SHAH ALAM, 18 JUL: Secara fizikal, Mohd Shahriman Ahmad, 32, nampak sihat dan normal seperti kebanyakan lelaki lain.

Namun, tiada siapa menyangka penyelaras pengeluaran di sebuah kilang swasta itu disahkan menghidap penyakit Myelodysplastic Syndrome (MDS) atau pre-leukimia, sejak tujuh bulan lalu.

Lembaga-Zakat-SelangorBeliau yang kini tidak lagi mampu bekerja terpaksa menerima rawatan di hospital setiap minggu bagi menambah darah dalam badannya yang kian berkurangan.

“Seminggu sekali saya akan tambah darah yang semakin berkurangan kerana penyakit jenis ini tidak mempunyai ubat khas untuk mengawalnya.

“Sekarang ini saya menerima rawatan di Hospital Ampang dan terpaksa menggunakan simpanan sendiri untuk menampung kos dengan anggaran RM2,000 sebulan,” katanya kepada Selangor Kini.

Shahriman berkata pada mulanya beliau hanya mengesyaki terkena serangan demam denggi kerana sering mengalami sakit di bahagian kepala dan badan serta tekanan darah tidak stabil.

Katanya perasaan bimbang itu akhirnya terjawab apabila pihak hospital mengesahkan beliau berisiko tinggi menghidap penyakit kanser darah.

“Perasaan takut sangat tinggi apabila mengetahui perkara ini kerana dalam sekelip mata sahaja ia berlaku.

“Disebabkan penyakit ini, saya tidak lagi mampu bekerja kerana tidak boleh terdedah kepada persekitaran luar,” kata bapa kepada seorang anak berusia dua tahun itu.

Bagaimanapun, penderitaan Shahriman mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang memberi bantuan perubatan berjumlah RM48,667.50 untuk merawat penyakitnya.

Mengulas mengenainya, beliau berkata bantuan itu akan digunakan untuk menjalankan kemoterapi selepas Aidilfitri ini sementara menanti penderma stem sel yang sesuai.

“Peluang untuk sembuh ada tetapi belum ada penderma yang sesuai.

“Saya bersyukur menerima sumbangan ini kerana dapat membantu proses membeli ubat memandangkan duit simpanan sudah tiada.

“Ia memberi sinar baru buat saya,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor 


Kemaskini pada 2015-07-27 08:11:17 daripada Administrator

  •  
  • Print