Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

HORAS 600 tingkat bekalan air tambahan 300 juta JLH

SHAH ALAM JUL 19: Hybrid off River Augmentation System (HORAS) 600 mampu menampung keperluan air mentah tambahan 300 juta liter sehari (JLH) untuk projek mitigasi 2 apabila kolam HORAS fasa 1 itu siap sepenuhnya, pada September ini.

Exco Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Zaidy Abdul Talib berkata menerusinya tiga loji rawatan terlibat mampu membekalkan 436 JLH kepada Petaling, Shah Alam dan Klang.

Zaidy“Bekalan air mentah tambahan (300 JLH) itu menampung keperluan loji rawatan SSP1, SSP3, loji rawatan Rasa sebelum kesemua loji terlibat menghasilkan 436 JLH air terawat kepada tiga bandar utama itu.

“Projek Mitigrasi 2 tidak akan berjaya jika tidak ada bekalan air mentah mencukupi. Sebab itu kita mahu memastikan projek (HORAS 600) ini disiapkan September ini,” katanya kepada Selangor Kini.

HORAS 600 adalah kaedah penakungan stormwater dan air bawah tanah dialir terus ke Lembangan Sungai Selangor melalui gabungan Off River Storage (ORS) dan Horizontal Collector Well yang terletak di Kampung Sungai Darah, Bestari Jaya, Kuala Selangor.

Projek HORAS 600 bernilai RM700 juta secara keseluruhannya dan daripada jumlah itu, RM200 juta diperuntukkan bagi menampung kerja sampingan, pembelian tanah, pam dan lain-lain.

Manakala bakinya, RM500 juta pula bagi menampung kos gali kolam yang ditanggung Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dengan imbal balik penjualan pasir.

KSSB dilantik Kerajaan Negeri menerusi Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) sebagai kontraktor bertanggungjawab mengorek kolam takungan seluas 166 hektar dengan kedalaman 23.5 meter dari paras bumi.

“HORAS berperanan besar dalam mengurangkan kebergantungan melampau kepada satu sumber air mentah, sekali gus memberi jaminan bekalan air berterusan kepada lebih tujuh juta pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor 


Kemaskini pada 2015-07-27 08:12:06 daripada Administrator

  •  
  • Print