Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Sajian enak tarik minat pelancong hadir rumah terbuka

SHAH ALAM, 19 JUL: Majlis Rumah Terbuka Sempena Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor 2015 dianggap meriah dengan sajian pelbagai juadah makanan enak selain masyarakatnya yang peramah.

Demikian reaksi Jenice, 24 pelancong dari GuangZhou, China yang berjaya dikutip Selangor Kini ketika ditemui di perkarangan Stadium Shah Alam, di sini hari ini.

interview 3“Pengalaman baru buat saya dan rakan rombongan. Kombinasi juadah yang enak, alunan lagu (koleksi lagu raya) dan masyarakat peramah membuatkan majlis ini jadi lebih meriah dan kami semua terhibur melihat bagaimana perayaan Aidilfitri diraikan.

“Saya juga tertarik dengan pakaian tradisional yang dipakai masyarakat sempena Aidilfitiri dan saya juga telah mencuba masakan tradisonal seperti lemang, rendang dan sate. Ia sangat sedap” katanya yang baru dua hari berada di Malaysia.

Sementara, Seri Amiliana Anuar, 41 dari Seksyen 26, Shah Alam menyifatkan rumah terbuka Selangor ini sebagai penganjuran rumah terbuka paling meriah yang pernah dihadirinya.

interview 1“Tidak perlu bersesak biarpun ramai kerana kawasannya yang lapang dan gerai makanan banyak membolehkan orang ramai mengambil makanan dan menjamu selera dengan tenang sambil dihiburkan dengan persembahan artis jemputan,” kata anak jati Bukit Beruntung yang hadir bersama anak kecilnya berusia 2 tahun.

Pandangan sama turut dikongsi Akmal Abd Majid, 46 dari Puncak Alam selain memuji kecekapan Kerajaan Negeri menguruskan majlis, kemudahan trafik dan pakir untuk menampung kebanjiran rakyat yang hadir ke Rumah Terbuka.

interview 2“Pemilihan stadium ini sebagai lokasi sangat releven dengan hasrat penganjuran rumah terbuka mega seperti ini.

“Kawasannya yang luas, pakir yang banyak selain dibantu petugas penguatkuasa menguruskan trafik memudahkan rakyat yang hadir untuk berkunjung.

“Malah, kepekaan Kerajaan Negeri terhadap rakyat juga sangat tinggi dengan menyediakan perkhidmatan bas percuma untuk ke sini,” katanya.

Sambutan Rumah Terbuka Selangor 2015 disambut meriah dengan lebih 50,000 rakyat pelbagai kaum mengambil peluang bersua muka dan bersalaman denganDato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dan barisan kepimpinan negeri.

Sambutan kali ini penuh bermakna buat Kerajaan Negeri dan rakyat Selangor apabila Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah buat julung kalinya berkenan mencemar duli menghadiri majlis rumah terbuka.

Hadir sama, Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), hannah Yeoh selain Exco Negeri antaranya, Dr Daroyah Alwi, Iskandar And Samad, Nik Nazmi Nik Ahmad, Zaidy Talib dan Teng Chang Khim.

Majlis bermula jam 10 pagi dan berakhir 3 petang itu menyediakan 80 gerai makanan membabitkan peserta program HIJRAH selain 12 keterer yang menyajikan pelbagai juadah, kebanyakkannya menu tempatan seperti sate, rendang daging, lemang, ketupat palas dan kambing golek.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor 


Kemaskini pada 2015-07-27 08:13:15 daripada Administrator

  •  
  • Print