Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Pengusaha HIJRAH meriahi Rumah Terbuka Selangor

SHAH ALAM, 20 JUL: Rumah Terbuka Sempena Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor 2015 menjadi landasan buat lebih 50 pengusaha makanan di bawah program HIJRAH mempromosi produk jualan apabila mereka terlibat secara rasmi sebagai penyedia juadah.

Exco kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata usaha itu diambil bagi mempromosi dan membantu mengukuhkan perniagaan peserta.

11224103_1039891182687558_7348244754594413433_n“Kerajaan Negeri sentiasa menyokong dan memberi peluang untuk mempromosi produk makanan mereka.

“Sudah tentu ramai pengunjung dan ini peluang yang baik untuk peniaga bertemu dan melebarkan perniagaan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Selangor Kini pada Majlis Rumah Terbuka Sempena Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor 2015 di perkarangan Stadium Shah Alam, di sini, semalam.

Sambutan Rumah Terbuka Selangor 2015 disambut meriah dengan lebih 50,000 rakyat pelbagai kaum mengambil peluang bersua muka dan bersalaman dengan Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dan barisan kepimpinan negeri.

Sambutan kali ini penuh bermakna buat Kerajaan Negeri dan rakyat Selangor apabila DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah buat julung kalinya berkenan mencemar duli menghadiri majlis rumah terbuka.

Majlis bermula jam 10 pagi dan berakhir 3 petang itu menyediakan 80 gerai makanan membabitkan peserta program Hijrah selain 12 keterer yang menyajikan pelbagai juadah, kebanyakkannya menu tempatan seperti sate, rendang daging, lemang, ketupat palas dan kambing golek.

HIJRAH diperkenalkan Kerajaan Selangor bagi melonjakkan golongan miskin berhijrah memasuki kumpulan berpendapatan menengah.

Program itu diperkasakan melalui Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel) dan Program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR).

Kerajaan Negeri turut menaikkan siling peruntukan bagi kedua-dua dana ini kepada RM100 juta berbanding hanya RM70 juta sebelum ini.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor 


Kemaskini pada 2015-07-27 08:14:57 daripada Administrator

  •  
  • Print