Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Daroyah: Mustahil berjaya hapus denggi jika hanya tahu cakap

KLANG, 15 OGOS: Usaha membanteras wabak demam denggi harus dilaksanakan secara bersepadu semua pihak bukan hanya bergantung kepada inisiatif Kerajaan Negeri.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata mustahil pembanterasan nyamuk Aedes dan wabak denggi berhasil jika pihak berkepentingan lain tidak turut serta.

Katanya, Kerajaan Negeri juga sentiasa melakukan perbincangan dan usaha serta program khas bersama pihak persekutuan secara berterusan dalam menangani wabak pembunuh itu.

Terjah denggi MB di Seksyen 6 Shah Alam (7)“Jadi, kita kena faham betul-betul masalah denggi ini. Masuk dalam sesi penerangan, dengar dan teliti punca permasalahan sebenar. Belajar dengan hati.

“Jika hanya pandai bercakap, mengkritik tanpa memahaminya, susahlah. Tambah susah jika cakap sahaja tapi tak apa-apa dan tanpa membantu Kerajaan Negeri,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis Jamuan Hari Raya Pertubuhan Sinar Ehsan (PSE) di Sungai Kapar Indah, di sini, semalam.

Terdahulu, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, berkata kayu ukur prestasi (KPI) Menteri Besar Selangor terletak pada usaha dan kejayaannya menangani isu denggi yang kritikal di negeri itu.

Katanya, pelan dan mesej membanteras denggi oleh Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak sampai kepada penduduk.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor 


Kemaskini pada 2015-08-24 08:36:39 daripada Administrator

  •  
  • Print