Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

MB: Pendaftaran meningkat, KUIS terus jadi pilihan pelajar

BANDAR SERI PUTERA, 29 OGOS: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) muncul antara universiti pilihan utama bagi pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata kejayaan itu amat membanggakan dan dibuktikan dengan peningkatan pendaftaran yang mendadak bagi sesi pengajian 2013 dan 2014.

“Kita bersyukur dan berbangga KUIS berjaya meningkatkan jumlah pengambilan pelajar baharu iaitu 3,895 orang. Ia adalah kenaikan 100 peratus berbanding sesi 2012 dan 2013.

IMG_20150829_095432“Ini menjadikan jumlah keseluruhan pelajar adalah 7,892 yang membuktikan KUIS antara institusi pengajian pilihan utama peringkat diploma, sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah,” katanya dalam ucapan di Majlis Konvokesyen KUIS ke-18, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kecemerlangan KUIS dalam akademik turut dibuktikan dengan kejayaan mengekalkan penarafan Institut Pengajian Tinggi Malaysia 2013 pada tahap Tier 4 iaitu sangat baik.

Katanya, Kerajaan Negeri merakam penghargaan dan terima kasih kepada ahli pengurusan KUIS di bawah pimpinan Rektor, Prof Madya Dr Ab Halim Tamuri yang banyak membawa pencerahan dan insiatif baharu bagi mengangkat martabatnya sebagai universiti terbilang di negara dan rantau ini.

IMG_20150829_090027“Kejayaan sesebuah universiti turut bergantung kepada keupayaan kita melahirkan graduan berinovasi dan kreatif untuk mencipta pekerjaan bukan hanya melahirkan graduan yang mencari pekerjaaan.

“Sebagai sebuah negeri pembangunan, Selangor akan terus memimpin hala tuju sektor pendidikan dan menerajui dunia inovasi serta teknologi, maka peranan industri ini adalah strategik untuk masa depan negeri,” katanya.

Mohamad Azmin yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KUIS menyampaikan ijazah dan diploma kepada 1,188 mahasisawa dalam majlis berkenaan.

Turut hadir, Exco Kerajaan Negeri, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi serta Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor, Shafie Ngah.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-09-03 14:57:26 daripada Administrator

  •  
  • Print