Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

MBSA sedia kemudahan pengangkutan percuma ke hospital

SHAH ALAM, 22 SEP: Warga Shah Alam yang kurang berkemampuan kini berpeluang menggunakan perkhidmatan pengangkutan secara percuma untuk ke pusat rawatan dan hospital di sekitar Lembah Klang.

Ketua Bahagian Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata kenderaan jenis van berjenama Toyota Hiace itu juga diubahsuai bagi memenuhi keperluan golongan kelainan upaya (OKU).

MBSA VAN
Katanya, ianya dilengkapi dengan kemudahan ‘tail lift’ yang boleh menampung seseorang yang berkerusi roda.

“MBSA menyediakan perkhidmatan ini berikutan keperluan penyediaan perkhidmatan pengangkutan kepada golongan OKU adalah terhad dan sukar untuk didapati,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Shahrin berkata, van OKU itu juga hanya boleh memuatkan dua orang penumpang dan seorang pemandu.

“Ini kerana ruang bahagian kenderaan tersebut dikosongkan dan dilengkapi dengan ciri keselamatan seperti tali pinggang bertujuan untuk memastikan kerusi roda tidak bergerak semasa kenderaan bergerak,” katanya.

Perkhidmatan ini akan beroperasi pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang sepanjang waktu pejabat.

Perkhidmatan juga hanya disediakan untuk mereka yang ingin mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Seksyen 7, Klinik Kesihatan Seksyen 19, Klinik Kesihatan Bukit Kuda, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan Hospital Sungai Buloh.

Untuk tempahan orang ramai boleh menghubungi Bahagian Pembangunan Masyarakat, Jabatan Pembangunan Komuniti di talian 03-5522 2735 seminggu lebih awal.


Sumber : www.selangorku.com


Kemaskini pada 2015-09-23 08:34:54 daripada Administrator

  •  
  • Print