Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Dua SRJK (C) terima geran RM60,000

SUBANG JAYA, 7 OKT : Dua buah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina SRJK (C) di USJ dekat sini menerima sumbangan geran sebanyak RM60,000 daripada Kerajaan Selangor untuk tujuan prasarana.

Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh, berkata sebanyak RM50,000 diberikan Kerajaan Negeri kepada SRJK (C) Chee Wen di USJ 1.

Manakala, RM10,000 lagi diberikan kepada SRJK (C) Tun Tan Cheng Lock di USJ 15 daripada peruntukan DUN Subang Jaya.

Hannah Yeoh pic

“Walaupun SRJK (C) Tun Tan Cheng Lock adalah sebahagian daripada pelan tindakan Sekolah Wawasan, namun mereka menerima bantuan yang sangat sedikit daripada Kementerian Pendidikan.

“Sekolah itu juga terpaksa berkongsi kantin dan dewan yang sama dengan dua buah sekolah lain tetapi menjalankan pentadbiran secara berasingan,” katanya menerusi facebook.

Hannah berkata, Kerajaan Selangor sentiasa memperuntukkan bantuan kewangan kepada semua sekolah di negeri itu meskipun ia di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

“Kerajaan Persekutuan perlu memastikan bahawa Kementerian Pendidikan mempunyai dana tahunan yang mencukupi untuk penyelenggaraan sekolah,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-10-12 09:58:28 daripada Administrator

  •  
  • Print