Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Hab Halal Selangor catat pelaburan RM3 bilion, 6,000 peluang pekerjaan

KLANG, 11 OKT: Hab Halal di Selangor berjaya mencatatkan pelaburan baru bernilai RM3 bilion dengan menyediakan 6,000 peluang pekerjaan baru.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata pembinaan projek Taman Perindustrian Hijau Pulau Indah Dan Pulau Indah Food Station di Pulau Indah dijangka mampu merancakkan lagi industri hab halal di negeri itu.

MB Rasmikan Pulau Indah Fasa 3c Food Station (3)

“Kita menyaksikan beberapa syarikat diterima melabur di Taman Perindustrian Hijau Pulau Indah dan projek ini menawarkan peluang membangunkan kemahiran tenaga kerja dalam bidang bioteknologi, kejuruteraan, teknologi pembinaan, pengurusan projek, landskap serta perancangan bandar,” kata Mohamed Azmin.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Pelancaran Jualan Dan Perasmian Taman Perindustrian Hijau Pulau Indah Fasa 3C Dan Pulau Indah Food Station di Pulau Indah, Pelabuhan Klang, di sini, semalam.

Mohamed Azmin turut mengucapkan tahniah kepada pemaju projek, Central Spectrum (M) Sdn Bhd yang mahu mengembalikan Pulau Indah kepada ekosistem lebih baik dengan pelbagai kemudahan termasuk prasarana bersukan.

Katanya, langkah Central Spectrum membelanjakan RM2 juta bagi menaiktaraf jalan di Pulau Indah merupakan langkah proaktif bagi memastikan keselesaan pelabur di kawasan itu.

“Saya sudah mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memastikan supaya jalan di kawasan perindustrian diselenggara dengan baik bagi keselesaan pelabur dan pekerjanya,” kata Mohamed Azmin.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-10-12 10:09:30 daripada Administrator

  •  
  • Print