Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Tokoh Maal Hijrah 1437 Selangor berazam terus berbakti

SHAH ALAM, 14 OKT: Prof Dr Zainul Rashid Mohamad Razi berharap anugerah Tokoh Maal Hijrah 1437 peringkat Selangor diterimanya menguatkan azam untuk terus memajukan kerjaya dan menabur bakti.

Anak kelahiran Sabak Bernam berusia 57 tahun itu memang tidak menduga terpilih menerima anugerah itu serta berterima kasih atas sokongan keluarga selain universiti yang mencalonkannya.

Sambutan Maal Hijrah Tengku Sulaiman Masjid Negeri (1)

“Sebagai anak Selangor, saya berbesar hati dengan anugerah diterima.

“Diharapkan mudah-mudahan ia akan membuatkan saya lebih maju dalam kerjaya saya selepas ini,” katanya kepada media di sini, semalam.

Beliau menerima anugerah terbabit daripada Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah, yang mewakili kekandanya, DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, dalam majlis sambutan Maal Hijrah 1437 peringkat Selangor berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini.

Zainul Rashid adalah Timbalan Dekan Siswazah dan Hubungan Antarabangsa serta pakar dalam bidang Obstetik dan Ginekologi, Kesuburan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Tokoh Saudara Kita, Dr Nur Athiroh Masyaa’il Tan Abdullah, 40, berkata beliau melakukan sujud syukur sebaik dimaklumkan menerima anugerah itu kerana kategori terbabit mencalonkan ramai individu dengan ketokohan hebat.

Sambutan Maal Hijrah Tengku Sulaiman Masjid Negeri (3)

Ini kerana beliau beranggapan usaha dakwah dilakukan kecil sahaja dan apa dipentingkan adalah keberkatan serta keredhaan Allah.

“Saya terus menyumbangkan ke arah pembangunan dan pemerkasaan saudara baharu sama ada di Selangor atau seluruh Malaysia serta membantu pembangunan Akademik Muallaf Selangor dikendalikan Majlis Agama Islam Selangor,” katanya.

Beliau malafazkan syahadah ketika berusia 20 tahun kini Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

Dalam majlis sama, Tengku Sulaiman turut menyampaikan anugerah Tokoh Keluarga Mithali kepada pasangan Haron Ahmad dan Nuraini Ismail serta anugerah Pertubuhan atau Badan Dakwah Sukarelawan Selangor kepada Pertubuhan Kebajikan Wanita Islam Selangor (BAKEWANIS).

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-10-19 10:08:32 daripada Administrator

  •  
  • Print