Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Hanya di MPSJ, sisa makanan jadi duit

PUCHONG, 16 OKT: Orang awam boleh menerima RM1 untuk setiap kilogram (kg) sisa makanan menerusi Kempen Pembelian Sisa Makanan anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Bagaimanapun, ia hanya layak kepada sisa makanan yang bebas bendasing seperti bahan plastik, tisu, tulang lembu, tempurung kelapa atau sisa makanan tidak mudah hancur.

Yang Dipertua (YDP) MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata kempen tersebut adalah sebahagian usaha membentuk Pelan Tindakan Bandar Hijau MPSJ 2030.

INTERVIEW Khas YDP MPSJ (5)

“Ia adalah serampang dua mata. Selain memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan mengasingkan sisa makanan, ia juga menjadikan pendapatan sampingan.

“Jabatan Pengurusan Alam Sekitar MPSJ sudah mengedarkan 129 unit tong sampah pengasingan sisa makanan untuk memudahkan penduduk.

“Kutipan sisa ini akan dilakukan kontraktor tanpa dikenakan sebarang bayaran,” katanya dalam sidang media di Bukit Puchong di sini, hari ini.

Pada 5 Oktober lalu, MPSJ melancarkan Kempen Pembelian Sisa Makanan membabitkan Taman Perumahan Bandar Bukit Puchong 1,2 dan 3.

Setakat 15 Oktober, sejumlah 1,094.25 kg sisa makanan berjaya dikutip dari kaunter pembelian.

Projek perintis itu terhasil daripada program ‘Friendship City’ bersama bandar Hioki, Jepun dengan peruntukkan sebanyak RM10,000.

Jelas Nor Hisham, sisa makanan terkumpul itu akan diproses bagi penghasilan gas dan seterusnya ditukar kepada tenaga elektrik melalui proses ‘Anaerobic Digestion’ di dalam mesin yang direkabentuk SIRIM Berhad.

“Melalui strategi ‘National Blue Ocean’, SIRIM Berhad telah memberikan kepakaran teknologi dan bekerjasama dengan MPSJ dalam melaksanakan projek ini,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-10-19 10:12:41 daripada Administrator

  •  
  • Print