Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

PEKAWANIS anjur program tingkat kemahiran Bahasa Inggeris

SEMENYIH 17 OKT: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) terus membantu golongan sasaran menerusi pelbagai program dianjurkan.

Yang Dipertuanya, Shamshida Taharin, berkata pihaknya berterima kasih kepada orang ramai yang sentiasa menyokong menjayakan program dijalankan PEKAWANIS selama ini.

LOGO PEKAWANIS

“Kita membuat pelbagai program termasuk untuk wanita dengan yang terbaharu kita merancang menganjurkan program bimbingan Bahasa Inggeris kepada orang ramai dan ia masih dalam perbincangan.

“Ia boleh dijalankan di pusat komuniti apabila diadakan pembelajaran Bahasa Inggeris secara berperingkat dan mengikut peringkat umur. Ia terbuka untuk anak-anak dan golongan dewasa,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata, program itu dirancang kerana Bahasa Inggeris adalah keperluan kemahiran untuk membina kerjaya dan mencari pekerjaan.

Selain itu, katanya, PEKAWANIS juga mengadakan program kesihatan dengan ahlinya bersama pasukan paramedik pergi ke rumah penduduk terutama orang tua dan menyantuni mereka.

“Untuk wanita juga kita bekerjasama dengan NGO lain menjayakan program seperti Rumah Putri Arafiah iaitu memulihkan semula anak remaja kita selain melihat peluang lain yang boleh ditawarkan untuk kebaikan umum,” katanya.

Beliau menyatakan rasa gembira dengan sambutan diterima seperti program Khatam Al-Quran yang menyaksikan penyertaan bertambah setiap bulan.

“Kita mahu mengeratkan ukhwah dan meraikan kesamaan antara kita,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-10-19 10:13:55 daripada Administrator

  •  
  • Print