Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Gunakan sistem maklumat telus mudahkan rakyat

SHAH ALAM, 2 NOV: Sistem maklumat pengurusan perbelanjaan perlu digunakan supaya semua dokumen dapat diakses oleh orang awam.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Kajang) berkata langkah itu memperkukuhkan konsep ‘Smart Selangor’ dan prinsip keterbukaan dan ketelusan tertera dalam Enakmen Kebebasan Maklumat.

Wan Azizah

Katanya, hal itu antara teras belanjawan yang sentiasa ditekankan dari semasa ke semasa oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga dalam Belanjawan Alternatif Pakatan Harapan.

Beliau berkata antara teknologi yang boleh digunapakai adalah e-perolehan dan e-bidaan.

“Asas bagi sebuah kerajaan yang baik, sama ada di peringkat kebangsaan ataupun negeri ialah meningkatkan kebahagiaan dan kesejahteraan rakyat.

“Serta mengurangkan keperitan dan kesengsaraan rakyat,” katanya dalam perbahasan Belanjawan Selangor 2016, di Dewan Negeri Selangor.

Selain itu, Azizah berkata dari segi pengurusan wang rakyat, Kerajaan Negeri mesti berbelanja secara berhemah, bukannya secara membazir serta mempunyai iltizam politik menghapuskan gejala rasuah.

“Untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat, kita perlu meningkatkan pendapatan isi rumah dan kuasa belidan memperbaiki faktor bukan berkaitan dengan ekonomi secara khusus.

“Soal kebahagiaan dan kesejahteraan rakyat perlu dilihat dari segi perkongsian kekayaan negara. Oleh itu, usaha konkrit mesti dilakukan bagi mengatasi masalah kesenjangan dari pelbagai sudut,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-11-03 10:27:20 daripada Administrator

  •  
  • Print