Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Tujuh keluarga asnaf terima pangsapuri kos rendah

SHAH ALAM, 3 NOV: Tujuh keluarga asnaf fakir dan miskin menerima bantuan pembiayaan rumah pangsapuri kos rendah daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bersama Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Pengurus Besar PKNS, Azlan Md Alifiah, berkata bantuan itu disalurkan melalui wang zakat PKNS berjumlah RM287,000 bagi membantu golongan asnaf yang terhimpit dengan kemiskinan.

2M8A2378

“PKNS mengambil inisiatif membeli pangsapuri bernilai RM35,000 seunit kemudian diserahkan kepada asnaf supaya dapat hidup dalam kediaman lebih selesa.

“Saya berharap bantuan yang diberi dapat meringankan beban yang ditanggung, sekali gus memajukan diri dan keluar daripada kepompong kemiskinan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Menandatangani Dokumen Pemilikan Hartanah lapan unit rumah pangsapuri kos rendah Pangsapuri Seri Perantau, Pelabuhan Klang, di Hotel De Palma, di sini, hari ini.

2M8A2408

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Hussin Mohd Ali, berkata PKNS adalah salah satu anak syarikat yang mengeluarkan zakat terbesar di Selangor berjumlah RM4.6 juta pada tahun ini.

“Usaha dan inisiatif itu dapat meringankan sedikit tanggungjawab sosial yang ditanggung LZS di samping membantu golongan asnaf di Selangor.

Selain itu, hampir setiap tahun LZS akan membina lebih kurang 500 rumah kos rendah untuk membantu golongan fakir miskin dengan setiap kediaman akan diperuntukkan antara RM42,000 hingga RM50,000 seunit.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-11-11 09:37:00 daripada Administrator

  •  
  • Print