Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Langgar peraturan waktu kerja, 18 penjawat awam kena tindakan tatatertib

SHAH ALAM, 5 NOV: Seramai 18 penjawat awam dikenakan tindakan tatertib kerana melanggar peraturan waktu bekerja antaranya bermain snuker, makan dan minum di premis makanan serta membeli-belah, sejak Januari hingga Jun lalu.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi sudah mengeluarkan surat arahan pematuhan waktu bekerja kepada semua penjawat awam di bawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri, pada 1 Jun 2009.

Arahan itu dikeluarkan susulan arahan pematuhan waktu bekerja kepada penjawat awam yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), pada 8 April 2009.

IMG_5828

“Dalam menguatkuasakan arahan ini, semua jabatan, agensi juga pejabat tanah dan daerah, pihak berkuasa tempatan (PBT), jabatan Kerajaan Negeri, badan berkanun serta anak syarikat di bawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri diminta memantau arahan waktu itu.

Antara yang dilakukan adalah menerapkan amalan kerja berdisiplin dengan mengeluarkan poster dan e-mel suapaya arahan waktu bekerja dipatuhi,” katanya ketika menjawab soalan lisan Dr Yaakob Sapari (KEADILAN-Kota Anggerik).

Mohamed Azmin (KEADILAN-Bukit Antrabangsa) berkata, Skuad Pemantauan yang terdiri daripada ketua jabatan dan kakitangan turut ditubuhkan bagi mengadakan operasi berkala dan mengejut bagi memantau perkara itu.

“Amaran lisan dan bertulis serta syor tindakan tatatertib bagi kakitangan yang didapati gagal mematuhi arahan waktu bekerja ditetapkan sudah dikemukakan kepada ketua jabatan masing-masing untuk tindakan lanjut,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-11-11 09:39:59 daripada Administrator

  •  
  • Print