Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Keberkesanan perangkap nyamuk perangi denggi dikaji

SHAH ALAM, 8 NOV: Keberkesanan pemasangan ‘Mosquito magnet’ atau perangkap nyamuk memerlukan kajian menyeluruh sebelum dilaksanakan di seluruh Selangor.

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah, berkata perlaksanaan itu nanti akan membabitkan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khususnya kawasan ‘hot spot’.

Magnetig Mosquito oleh YB Rajiv di Taman Jaya PJ (ASRI)

“Kita boleh mengkaji keberkesanan itu. Buat masa ini kita menunggu keputusan sama ada ia berkesan mengurangkan kes atau tidak.

“Sekiranya ia berkesan, kita akan lakukannya di semua PBT,” katanya kepada SelangorKini.

Sebelum ini, Adun Bukit Gasing, R Rajiv mengambil inisiatif dengan memasang’ Mosquito magnet’ itu di Taman Jaya dan Gasing Indah bagi mengurangkan populasi nyamuk.

Langkah terbabit sekaligus membantu mengurangkan penularan nyamuk aedes yang mengakibatkan demam denggi.

Difahamkan, teknologi terbabit digunakan di Amerika Syarikat dan terbukti berkesan di beberapa negara lain.

Gas dalam tong itu bertukar menjadi karbon dioksida untuk menarik nyamuk ke perangkapnya.

Nyamuk terperangkap dalam jaring dan mati sekitar 24 jam.

Peralatan sama juga digunakan di Pulau Pinang dan Sarawak.

Sebanyak 99 kes kematian akibat denggi dicatatkan di Selangor bagi tempoh Januari hingga 5 September lepas.

Magnetig Mosquito oleh YB Rajiv di Taman Jaya PJ (2)

Jumlah kematian itu mencatatkan peningkatan berbanding 93 kes sehingga 8 Ogos lepas.

Daerah Hulu Langat merupakan daerah kedua tertinggi mencatatkan 276 kes dan menjadikan kumulatif dari Januari lepas sebanyak 10,750.

Manakala Petaling masih mencatatkan yang tertinggi sebanyak 305 kes, Gombak sebanyak 169 kes dan diikuti Klang sebanyak 152 kes.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-11-11 09:46:45 daripada Administrator

  •  
  • Print