Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

MB: Wali Kota perlu di lapangan santuni rakyat

AMPANG, 10 NOV: Berbeza dengan ‘Wali Kota’ di negara ini yang lazimnya menerima perlantikan masing-masing di pejabat berhawa dingin, Wali Kota di Jakarta menerima perlantikan mereka di kawasan setinggan.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata Gabenor Jakarta ketika itu, Joko Widodo yang mesra dengan panggilan Jokowi (kini Presiden Indonesia) berbuat demikian bagi mengingatkan Wali Kota dilantik fokus membantu dan memberi perkhidmatan terbaik.

Penyerahan Tong Sampah kepada PBT di MPAJ - MB (7)
 

“Semasa bertemu Presiden Jokowi ketika itu beliau Gabenor di Jakarta memberitahu saya hanya 20 peratus waktunya di pejabat dan selebihnya di lapangan sehinggakan beliau melantik Wali Kota bukan di hotel atau galeri tetapi di kawasan setinggan.

“Jadi, dia boleh tunjuk kepada Wali Kota, kamu dilantik bukan untuk memakai tali leher atau kot di dalam pejabat berhawa dingin tetapi dilantik untuk jaga rakyat,” kata Mohamed Azmin.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyerahan Pembekalan Tong Sampah Percuma Kepada Pihak Berkuasa Tempatan Selangor di Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di sini, semalam.

Wali Kota di Jakarta merupakan jawatan awam setaraf dengan Datuk Bandar atau Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negara ini.

“Saya taklah mahu melantik ‘Wali Kota’ Selangor sebegitu rupa tetapi saya yakin ‘Wali Kota’ di Selangor mempunyai semangat sama kerana rakyat perlu diberikan perhatian sewajarnya sebagai pembayar cukai,” katanya.

Ketika mengulas program terjah dilaksanakan, Mohamed Azmin berkata, usaha itu memberi kesan positif terhadap usaha membaik pulih kerosakan jalan yang sebelumnya kurang diberikan perhatian.

Bagaimanapun beliau menyeru PBT menggandakan fokus terhadap isu kebersihan dan pengurusan sampah ekoran masih belum mencapai tahap membanggakan.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2017-12-22 12:16:29 daripada Administrator

  •  
  • Print