Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Projek mitigasi atasi banjir kilat

SHAH ALAM, 20 NOV: Kerajaan Negeri sedang meneliti langkah dan pelaksanaan projek mitigasi mengatasi banjir kilat di sekitar Selangor.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata ia berdasarkan hasil laporan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor.

“Pada 17 November lalu, satu perbincangan dan ‘brain storming’ bagi mengenal pasti punca banjir diadakan dan hasilnya kita dapat kenal pasti langkah penyelesaian.

ZAIDY

“Kita di peringkat penelitian untuk melihat keutamaan kawasan dan implikasi kewangan, In Shaa Allah kita akan atasi masalah banjir kilat ini,” katanya kepada Selangor Kini.

Terdahulu, Zaidy mengumumkan 33 projek tebatan banjir akan dibina bagi mengatasi masalah banjir di beberapa daerah dalam tempoh lima tahun akan datang.

Pada masa sama, beliau menyeru rakyat bekerjasama mengatasi banjir kilat dengan menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah merata-rata.

“Kebanyakan banjir kilat berpunca daripada saluran parit tersumbat, maka kesedaran sivik penting supaya kita membendung masalah ini bersama,” katanya.

Selangor dijangka menerima taburan hujan luar biasa antara 500 hingga 800 milimeter sehingga hujung tahun ini.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-11-30 11:52:20 daripada Administrator

  •  
  • Print