Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

202,726 berdaftar bawah TAWAS

BATU CAVES, 21 NOV: Seramai 202,726 anak Selangor sudah mendaftar di bawah program Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), sejak 2008.

Eksekutif Perhubungan Awam TAWAS, Atikah Akma Ramli, berkata jumlah itu melebihi sasaran ditetapkan untuk tahun ini dan dijangka akan terus meningkat.

“Walaupun bermula agak sukar, namun promosi TAWAS sentiasa dipergiatkan melalui kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) atau DUN dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

_MG_3641

“Sasaran Kerajaan Negeri adalah seramai 200,000 peserta tetapi kita jangka angka itu akan terus bertambah dari masa ke masa,” katanya kepada Selangor Kini.

Mengulas Manfaat Khairat Kematian YAWAS, Atikah berkata, peserta yang meninggal dunia sebelum usia 18 tahun layak menerima RM1,500.

Katanya, 162 peserta yang meninggal dunia sudah menerima manfaat itu sehingga pertengahan bulan ini.

“Ahli TAWAS yang meninggal dunia selepas 1 Mac 2014 layak menerima jumlah tuntutan RM1,500, manakala mereka yang meninggal dunia sebelum itu menerima tuntutan RM100 sahaja,” katanya.

Selain khairat kematian, baucar bernilai RM50 untuk bantuan sekolah anak TAWAS juga dijangka akan diteruskan pada tahun depan.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-11-30 11:53:37 daripada Administrator

  •  
  • Print