Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Sistem pengurusan Stadium Shah Alam terus diperbaiki

SHAH ALAM, 30 NOV: Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) akan memperbaiki sistem pengurusan stadium pada masa hadapan, kata Pengurus Pasukan Liga Super Selangor, Amirudin Shari.

Beliau berkata, pihak pengurusan stadium akan membuka dua hingga tiga pintu selepas separuh masa kedua sehingga tamat perlawanan.

Katanya, ia bagi memberikan keselesaan dan fleksibiliti kepada penyokong dan penonton.

stadium

“Bagaimanapun kita hanya membenarkan pemegang tiket masuk dengan bantuan kawalan polis.

“Untuk makluman, pihak pengurusan stadium sentiasa memastikan sistem terbaik bagi menjamin kelesaan dan keselamatan penyokong,” katanya dalam kenyataan semalam.

Pada 28 November lalu, sebahagian penyokong tidak dibenarkan masuk ke Stadium Shah Alam bagi menyaksikan perlawanan antara Selangor dan Sarawak kerana terlewat.

Sebelum ini, pintu pagar ditutup sebaik jualan tiket berakhir iaitu pada minit ke 60 permainan (15 minit selepas separuh masa kedua bermula).

Kemudian, pada minit ke 80 permainan (10 minit sebelum masa perlawanan tamat) pintu pagar akan dibuka semula dan membenarkan penyokong masuk secara percuma.

Amirudin berkata, praktis itu digubal atas nasihat polis untuk keselamatan apabila pintu pagar ditutup pada minit ke 60 permainan sebaik jualan tiket tamat dan dibuka semula sepuluh minit selepas permainan tamat.

Katanya, langkah itu bagi mengelak bahan terlarang dibawa masuk terutamanya yang berpotensi mencetuskan kebakaran.

“Bagi FAS dan pengurusan pasukan saya lahirkan dukacita atas salah faham berkenaan dan harap ianya tidak menjejaskan penyokong hadir pada perlawanan separuh akhir Selangor menentang Pahang pada 6 Disember 2015 ini.

“Sekali lagi saya pohon maaf atas sebarang kesukaran. Kami tetap berpendirian penyokong setia adalah sumber kekuatan kami,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-12-07 08:54:46 daripada Administrator

  •  
  • Print