Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

HIJRAH kikis jurang pendapatan rakyat

BANGI, 5 DIS : Kesenjangan pendapatan yang semakin membimbangkan mendorong Kerajaan Negeri melaksanakan program keusahawanan bagi mengupayakan golongan berpendapatan rendah.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata HIJRAH diwujudkan sebagai manifestasi dan komitmen Kerajaan Selangor meningkatkan sosio ekonomi rakyat.

Karnival HIJRAH Selangor 2015 (13)

“Fenomena jurang pendapatan hari ini semakin serius dengan menyaksikan golongan kaya bertambah kaya, manakala yang miskin semakin papa kedana.

“Kerajaan Selangor bertanggungjawab memberi tumpuan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana dengan mengupayakan potensi mereka dengan pelaksanaan HIJRAH ekoran kos hidup rakyat semakin terbeban,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Karnival Usahawan Hijrah Selangor 2015 (Kawan’15) di Taman Tasik Cempaka, di sini hari ini.

HIJRAH SELANGOR

Sejak diperkenalkan pada Belanjawan 2015, HIJRAH berjaya memberi manfaat kepada 11,148 peserta dengan nilai pinjaman melebihi RM74.5 juta.

Jumlah penerima dijangka terus meningkat dengan sasaran sehingga 20,000 peserta pada penghujung tahun ini.

Berkonsep ‘Pinjaman Asas Simpanan’, HIJRAH menjanjikan hasil pulangan peserta diserap ke dalam Tabung Hijrah Selangor sebagai simpanan mereka,”

Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri tidak mahu menyogok rakyat dengan pemberian wang tunai secara “one-off” kerana ia tidak menyelesaikan masalah sosio ekonomi.

Katanya, pemberian wang tunai tidak memberi makna ketika ini memandangkan peningkatan harga barangan semakin membebankan saban hari.

“Setelah mendengar keluhan rakyat yang pelbagai, maka kita tidak mahu menyogok mereka dengan wang tunai, sebaliknya berusaha mengupayakan kebolehan mereka.

“Apa maknanya simpanan negeri besar kalau rakyat menderita di bawah, pembangunan tidak membawa kesan positif kalau hanya segelintir pemimpin yang kaya,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-12-15 09:56:25 daripada Administrator

  •  
  • Print