Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Penambahbaikan kecekapan sistem rawatan air Klang & Shah Alam

SHAH ALAM 15 DIS: SYABAS melaksanakan kerja menggantikan kelengkapan kritikal di kolam takungan air sebagai usaha berterusan menambah baik sistem rawatan air bermula jam 9 malam, 21 Disember hingga jam 6 pagi, 22 Disember ini.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat, Amin Lin Abdullah, berkata bekalan air kepada pengguna di Klang dan Shah Alam terganggu dan mengalami tekanan air rendah semasa kerja menggantikan kelengkapan itu.

syabass

“Kami berusaha menyiapkan kerja ini secepat mungkin, pengguna dinasihati menyimpan bekalan air mencukupi sebelum 21 Disember ini,” kata Amin Lin dalam kenyataan media.

Beliau berkata selepas kerja penggantian injap selesai, bekalan air pulih berperingkat di dalam tempoh 24 jam bermula pada jam 6 pagi, 22 Disember ini.

Antara kawasan terlibat gangguan ini termasuk Pekan Meru; seluruh Kampung Meru; Persiaran Hamzah Alang; Klang Central, Meru; Jalan Haji Abdul Manan; Kampung Bukit Kapar; Pekan Kapar; Kampung Tok Muda, Kapar; Kampung Sungai Serdang; Felda Bukit Cerakah dan Kampung Cerakah Jaya.

Untuk maklumat lebih lanjut, pengguna boleh muat turun aplikasi telefon pintar mySYABAS (melalui Google Playstore and AppStore) atau melayari www.syabas.com.my; Facebook SYABAS ‘puspel’ atau Twitter SYABAS ‘puspel syabas’.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-12-22 14:56:56 daripada Administrator

  •  
  • Print