Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Pengharaman Vape: JAIS tunggu keputusan Fatwa Selangor

BANTING, 23 DIS: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menunggu keputusan Majlis Fatwa Negeri Selangor sebelum melaksanakan sebarang undang-undang dan tindakan terhadap penggunaan rokok elektronik atau vape.

Pengarahnya, Datuk Haris Kasim berkata, JAIS bersedia melaksanakan peraturan berkenaan mengikut enakmen pentadbiran sedia ada.

VAPE

“Kita (JAIS) hanya mengikut perintah. Kalau difatwakan haram, maka kita akan kuatkuasakan (peraturan) sebab dalam enakmen Jabatan Agama Islam Selangor, sesiapa yang melanggar fatwa, akan ada hukumannya.

“Sama seperti fatwa lain seperti rokok dan ajaran sesat, sesiapa yang melanggar fatwa, kita akan mengambil tindakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pendirian JAIS dalam isu vape.

Minggu lalu, Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata Kerajaan Negeri mengadakan bengkel khas untuk membincangkan isu vape pada awal tahun hadapan.

Bengkel itu bakal melibatkan semua pihak berkepentingan termasuk NGO serta persatuan vape dan akan diuruskan Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-12-29 08:10:40 daripada Administrator

  •  
  • Print