Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Perkhidmatan Bas Selangor Percuma

 

(Maklumat Berikut Dari Laman Web IPR)

Dalam usaha untuk mempertingkatkan sistem pengangkutan di Negeri Selangor, pihak Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan perkhidmatan bas secara percuma kepada 3 Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK)

Penyediaan bas ini bertujuan memberikan perkhidmatan pengangkutan secara percuma sekaligus membantu menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam selain dapat meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan, perkhidmatan ini juga dapat membantu mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian yang boleh menyebabkan kesesakan lalulintas dan pencemaran alam sekitar.

Waktu pengoperasian bas ini dari jam 6.00 pagi hingga 9.00 malam dengan kekerapan perjalanan adalah selama 15 minit untuk sampai ke setiap hentian.

Untuk makluman awam, Bas Selangorku akan melalui bangunan kerajaan iaitu Bangunan SUK, Seksyen 5 mengikut waktu tertentu sahaja iaitu bermula pada jam 6.30 pagi hingga 6.30 petang pada hari Isnin hingga Jumaat sahaja (hari bekerja). Manakala pada hari Sabtu dan Ahad pula, perkhidmatan Bas Selangorku tidak melalui laluan ke Bangunan SUK, Seksyen 5.

Perkhidmatan bas percuma di kawasan MBSA melibatkan laluan sejauh 21 km. Perkhidmatan bermula di Stesen Komuter, Seksyen 19 dan akan melalui 22 perhentian iaitu:

Laluan Majlis Bandaraya Shah Alam:

Bil Hentian
1. Stesen Komuter, Seksyen 19
2. Balai Bomba, Seksyen 15
3. Dataran Shah Alam/ Wisma MBSA, Seksyen 14
4. Bangunan SUK (Pintu Masuk Utama), Seksyen 5
5. Pasar Seksyen 6
6. Pondok Bas Seksyen 4
7. SK Raja Muda, Seksyen 4
8. SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2
9. Hentian Bas, Seksyen 2
10. Persiaran Institut (Pintu masuk utama UiTM), Seksyen 1
11. Persiaran Institut (Pangsapuri Baiduri), Seksyen 7
12. Persiaran Institut (UNISEL), Seksyen 7
13. Persiaran Kayangan (UNISEL), Seksyen 7
14. Persiaran Bestari (Tasik), Seksyen 7
15. Persiaran Bestari (Pangsapuri Nilamsari), Seksyen 7
16. Persiaran Bestari (SK Seksyen 7), Seksyen 7
17. Persiaran Bestari (Masjid), Seksyen 7
18. Persiaran Permai (Blok 4), Seksyen 7
19. Persiaran Permai (Blok 31), Seksyen 7
20. Persiaran Permai (SJK (T) Ladang Midlands), Seksyen 7
21. Hentian Jakel, Seksyen 7
22. Hospital Shah Alam, Seksyen 7

Waktu beroperasi:
6.30 pagi hingga 6.30 petang (Isnin hingga Jumaat)
6.00 pagi hingga 9.00 malam (Sabtu dan Ahad, tidak melalui Bangunan SUK)

Kekerapan perjalanan:
Setiap 15 minit — 30 minit

Perkhidmatan Bas Percuma ini bukan hanya di Shah Alam sahaja bahkan meliputi seluruh pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan Selangor secara berperingat-peringkat:

1. Majlis Bandaraya Shah Alam
2. Majlis Bandaraya Petaling Jaya
3. Majlis Perbandaran Ampang Jaya
4. Majlis Perbandaran Kajang
5. Majlis Perbandaran Klang
6. Majlis Perbandaran Selayang
7. Majlis Perbandaran Subang Jaya
8. Majlis Daerah Hulu Selangor
9. Majlis Daerah Kuala Langat
10. Majlis Daerah Kuala Selangor
11. Majlis Daerah Sabak Bernam

Dapatkan ringkasan maklumat berkaitan program di bawah Inisiatif Peduli Rakyat. Klik di sini


Kemaskini pada 2019-05-09 17:01:45 daripada Administrator

  •  
  • Print