Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Naib Canselor baru yakin UNISEL terus cemerlang

SHAH ALAM, 6 JAN: Universiti Selangor (UNISEL) diyakini akan terus menempa kecemerlangan pendidikan pada masa hadapan dalam mendidik anak bangsa mencapai kemajuan.

Naib Canselor UNISEL, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, berkata beliau akan meneruskan usaha dirancang pihak sebelumnya, di samping beberapa penambahbaikan demi kemajuan bersama.

_DSC2773

“Sudah tentu apa dilakukan mantan Naib Canselor yang memberi sumbangan besar akan saya teruskan berikutan UNISEL mencapai tahap membanggakan, mendapat sambutan pelajar dan menjadi perhatian umum.

“Sebagaimana ditekankan, kita harus membuka sempadan baharu bagi membolehkan kita terus berdaya saing dan ini penting supaya Unisel berupaya menghadapi cabaran mendatang,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Sebelum itu, berlangsung majlis ramah mesra serta serah tugas Presiden dan Naib Canselor antara Profesoe Dr Anuar Ahmad dan Dr Mohd Ridzuan.

Pada masa sama, Dr Mohammad Redzuan berkata, sokongan semua pihak termasuk komitmen Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) membolehkan UNISEL mencipta banyak kejayaan cemerlang pada masa akan datang.

Katanya, penubuhan tabung amanah bagi meningkatkan dana dijalankan UNISEL juga perlu ekoran perkembangan sesebuah universiti kini tidak tertakluk kepada geran kerajaan.

_DSC2737

“Universiti awam juga sebenarnya berdepan masalah ini kerana geran kerajaan semakin dikurangkan bermakna mereka harus mencari geran sendiri.

“Usaha sebegini sudah dijalankan banyak universiti tersohor antaranya Universiti Al Azhar, Mesir,” katanya.

Beliau berkata, usaha juga akan dipergiatkan bagi terus menambah kemasukan pelajar ke UNISEL.

“Ia antara perkara akan kita usahakan kerana senario kekurangan pelajar ini bukan dihadapi UNISEL sahaja tetapi universiti lain termasuk Universiti Malaya (UM) yang mendapat geran besar daripada kerajaan,” kata mantan Pensyarah Jabatan Sejarah UM itu.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-01-11 09:10:59 daripada Administrator

  •  
  • Print