Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Pelajar terbaik peperiksaan SMA Selangor kongsi rahsia kejayaan

SUBANG JAYA, 14 JAN: Muncul pelajar perempuan terbaik peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) di Selangor dianggap sebagai kejutan namun berbangga kerana berjaya memenuhi impian dengan catat cemerlang.

Pelajar Sekolah Agama Menengah (SAM) Nurul Iman, Bukit Cherakah, Petaling, Aina Syazzelina Rosaini, 16, berkata meskipun dirinya antara pelajar terbaik di sekolahnya tetapi beliau tidak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk itu.

pelajar cemerlang perempuan

“Harapan untuk mencapai Mumtaz memang ada tetapi muncul pelajar terbaik di Selangor tidak pernah terlintas.

“Terkejut kerana dapat banggakan dan naikkan nama sekolah, guru dan ibu bapa,” katanya kepada media selepas majlis pengisytiharan peperiksaan SMA dan Sekolah Menegah Agama Tahfiz Al Quran (SMATQ) di sini, hari ini.

Anak pemandu lori itu mencatat keputusan SMA dengan 98.8 peratus mengatasi semua calon lain di Selangor.

Beliau sentiasa mengingatkan dirinya melakukan perkara yang baik dan menghindari apa yang melalaikan yang mampu mengganggu tumpuan dalam pembelajaran.

“Saya minat belajar dan selalu memberi tumpuan mengulang kaji pelajaran di sekolah serta berterima kasih kepada ibu bapa juga guru atas semangat diberikan selain bersyukur kepada Allah,” katanya.

Sementara pelajar lelaki terbaik SMA, Mohamad Ariff Fitri Jukebeli, 16, dari SAM Bestari USJ Subang Jaya, Petaling, berkata, beliau bersyukur kerana berjaya mengulangi kejayaan dicipta sekolahnya hampir setiap tahun.

pelajar cemerlang laki

“Alhamdulillah berjaya dan bersyukur kepada Allah dengan saya ditakdirkan muncul pelajar lelaki cemerlang dari sekolah ini.

“Syukur kepada semua iaitu guru, ibu bapa dan rakan-rakan kerana mendoakan saya kerana tanpa doa mereka mungkin kita tidak mencapai kejayaan ini,” katanya.

Ariff Fitri berkata, keputusan cemerlang dicapai adalah berkat usaha gigih tanpa jemuh dan pembakar semangat untuk kejayaan lebih baik pada masa hadapan.

Pelajar lelaki terbaik SMATQ pula diraih Luqman Al Hakim Abd Jabar dari Maahad Integrasi Tahfiz Selangor Kuala Langat dengan keputusan 98.8 peratus manakala pelajar wanita terbaik SMATQ adalah Nurul Nadia Salleh dari sekolah sama (98.5 peratus).

Seramai 3.585 calon menduduki peperiksaan SMA di Selangor tahun lalu berbanding 3,314 calon pada 2014 dengan peningkatan 271 calon di mana keputusan dicatat adalah 94.4 peratus iaitu turun 0.08 peratus berbanding 95.2 peratus pada 2014.

Manakala 107 calon menduduki SMATQ tahun lalu dengan catata lulus 100 peratus.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-01-20 08:30:10 daripada Administrator

  •  
  • Print