Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Tiga laluan Bas Smart Selangor luar bandar tahun ini

SHAH ALAM, 28 JAN: Tiga laluan bas Smart Selangor bakal diperkenalkan tahun ini khusus untuk kawasan luar bandar.

Exco Pelaburan, Perindustrian IKS serta Perdagangan dan Pengangkutan, Datuk Teng Chang Khim, berkata usaha itu diteruskan selepas kejayaan pelaksanaan program sama di enam kawasan bandar sebelum ini.

basMPAJ 1

Dalam satu temubual esklusif bersama SelangorKini, beliau menjangkakan usaha ini dapat dilakukan sebelum Julai 2016 dengan tiga laluan baru yang merentasi sempadan perbandaran.

Laluan pertama melibatkan perjalanan dari Selayang ke Rawang dan Kuala Kubu Bharu dengan merentasi Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS).

Kedua dari Kuala Selangor ke Sekinchan hingga Sungai Besar dengan merentasi Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB).

Sementara laluan ketiga melibatkan Banting ke Morib, Tanjung Sepat dan Sungai Pelek.

“Jika kita berjaya melancarkannya sebelum Julai bererti kita sudah berjaya membekalkan bas percuma ke seluruh majlis perbandaran di daerah Selangor,” katanya.

Sejak dua tahun lalu, Kerajaan Selangor sudah memperuntukkan RM3.5 juta untuk penyediaan Bas Smart Selangor yang dahulunya dikenali sebagai Bas Selangorku.

Untuk tahun ini sahaja, Bas Smart Selangor sudah diperkenalkan di Ampang Jaya dan Kajang.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-02-01 16:44:33 daripada Administrator

  •  
  • Print