Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Pemilik kilang haram terkejut, YDP MPK turun serbu

KLANG, 30 JAN: Pemilik sebuah kilang haram di sini terkejut apabila premisnya diserbu Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang diketuai sendiri Yang Di Pertua,Datuk Mohamad Yasid Bidin bersama beberapa pengarah dan pegawai pada 28 Januari lalu.

Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat MPK,Norfiza Mahfiz, berkata premis menjalankan perniagaan melerai komponen kenderaan terpakai itu seringkali menimbulkan gangguan bunyi bising kepada penduduk setempat terutama kawasan perumahan berhampiran.

MPK SERBU

“MPK telah mengeluarkan notis peringatan bagi premis itu menghentikan operasi dalam tempoh tujuh hari dan jika gagal, Jabatan Perancang Bandar akan mengeluarkan notis kaedah iaitu menghentikan operasi kerana melakukan pemajuan tanpa kebenaran merancang.

“Kegagalan pemilik kilang mematuhi arahan juga akan menyebabkan mereka berdepan tindakan pendakwaan ke mahkamah atau tindakan perobohan akan dilakukan,” katanya dalam kenyataan.

Premis berkenaan juga dikenakan kompaun di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) 3,Pelesenan,Trade dan Perindustrian kerana tidak mempunyai lesen.

Norfiza berkata, notis memberhentikan perniagaan juga diberikan kepada pemilik premis dimana mereka perlu menghentikan operasi sehingga Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

MPK SERBU 1

“Pemilik premis juga diberikan notis memulihkan tanah kepada keadaan asal mengikut kaedah dibawah Akta Perancang Bandar dan kilang berkenaan juga sentiasa dalam pemantauan MPK bagi memastikan semua syarat dan peraturan dikenakan dipatuhi sehingga tempoh yang ditetapkan (memberhentikan operasi minggu depan).

“Isu berkaitan kilang haram sentiasa diberi perhatian serius dan MPK tidak akan berkompromi dalam hal yang berkaitan ketenteraman awam terutama melibatkan premis tidak berlesen dan mendirikan struktur secara haram di kawasan ini,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-02-01 16:52:03 daripada Administrator

  •  
  • Print