Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

MBSA bekal RORO di 140 lokasi

SHAH ALAM, 31 JAN: Sebanyak 140 lokasi penempatan tong sampah besar (RORO) disediakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk memudahkan pembuangan sampah sempena sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba.

Pegawai Komunikasi Korporat MBSA, Shahrin Ahamad, berkata perkhidmatan itu sudah dilaksanakan bermula dari semalam hingga 10 Februari ini.

MBSA-Shahrin Ahmad

“Tong RORO diletakkan di kawasan yang telah dikenalpasti di sekitar Shah Alam untuk kemudahan penduduk membuang sampah pukal seperti perabut lama seperti almari, sofa, tilam, katil dan perkakasan elektrik.

“MBSA berharap penduduk memberikan kerjasama memudahkan kontraktor membuat kutipan,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, Shahrin berkata, sisa binaan dan sampah sisa pepejal tidak dibenar diletakkan di dalam tong RORO.

Sebarang pertanyaan berhubung perkhidmatan tong RORO, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, MBSA di talian 03-55105133 sambungan 1644, 1548, dan 1645.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-02-01 16:53:30 daripada Administrator

  •  
  • Print