Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

1,500 meriahkan pelancaran jersi baru Red Giants

SHAH ALAM, 6 FEB: Dianggarkan lebih 1,500 penyokong dan orang ramai hadir dalam majlis pelancaran jersi pasukan bola sepak Selangor musim ini di SACC Mall, di sini, hari ini.

Majlis disiarkan secara langsung menerusi media rasmi The Red Giants, TVSelangor (http://tv.selangorku.com) juga mendapat sambutan hebat pemain media sosial selain lebih 3,000 melayari laman sesawang Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).

FAS perkenalkan baju jersi Selangor Baru  SACC Mall (ASRI) (5)

Video pasukan Selangor dilancarkan dalam majlis sama juga mendapat sambutan penonton dengan jumlah peningkatan menggalakkan di Youtube –http://www.youtube.com/watch?v=Mb5Elv6we4

Pengurus Pasukan, Amirudin Shari; ketua jurulatih, Zainal Abidin Hassan, pengurusan pasukan serta ketua pasukan, Shahrom Kalam bersama pemain yang tampil bersama jersi baharu disorak penyokong tanda gembira.

Majlis juga meriah dengan persembahan Ratu Rock, Ella, yang mendendangkan beberapa lagu popular.

Ketika majlis berlangsung dan selepas itu, orang ramai terutama penyokong tidak melepaskan peluang berselfie dengan pemain serta mendapatkan jersi baru Selangor.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-02-15 10:46:00 daripada Administrator

  •  
  • Print