Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

100 tong sampah diedar MBSA di Seksyen 24

SHAH ALAM, 7 FEB: Sebanyak 100 unit tong sampah diedarkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kepada penduduk Seksyen 24 agar dapat membuang sampah dengan lebih sistematik.

Pegawai Komunikasi Korporat, Shahrin Ahmad, berkata penyerahan tong sampah itu merupakan sebahagian daripada 300 unit tong sampah yang diterima MBSA daripada Kerajaan Negeri.

mbsa 4

“100 unit diedarkan kepada penduduk sekitar Seksyen 24 yang terletak di dalam Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 8.

“Manakala 200 unit tong sampah yang lain diedarkan di Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 6 dan juga Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 23,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, program itu merupakan komitmen berterusan MBSA untuk memupuk sikap mementingkan kebersihan di kalangan warga Shah Alam serta lebih bertanggungjawab di dalam memelihara alam sekitar.

“Usaha itu diharap dapat memberi didikan kepada warga Shah Alam agar sekaligus memastikan bandar raya Shah Alam sentiasa bersih dan indah,” katanya.

Majlis Program Penyerahan Tong Sampah Kepada Penduduk Seksyen 24, Shah Alam telah disempurnakan oleh Datuk Bandar MBSA, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-02-15 10:47:24 daripada Administrator

  •  
  • Print