Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Guna teks khutbah MAIS, elak kecelaruan fahaman

SHAH ALAM, 25 FEB : Seluruh masjid di negeri ini disaran menggunapakai teks bacaan khutbah Jumaat disediakan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi memastikan tiada pecanggahan penyebaran fahaman yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

Pendakwah Bebas, Hafiz Al Bakari, berkata hal itu penting dalam memastikan kesatuan akidah terpelihara demi penyatuan umat sekaligus mengekang cubaan pihak tertentu menyebar ajaran bertentangan ASWJ.

“Pemantauan terhadap perkara diragui ini perlu diberi perhatian dengan membuat aduan atau bantahan terhadap fahaman bertentangan contohnya melalui penyebaran wahabiyah,” katanya ketika berucap dalam Konvensyen Pemantapan Dan Pemerkasaan Pengurusan Masjid Selangor 2016 di Dewan Jubli Perak, di sini.

KONVENSYEN MASJIDSebelum ini, wujud kebimbangan melibatkan isu terpencil di beberapa masjid di Selangor ekoran tidak menggunakan teks bacaan khutbah Jumaat, walaupun ia sudah disediakan MAIS.

Perkara itu dipercayai boleh menimbulkan kekeliruan terhadap butiran kandungannya kepada seluruh jemaah khususnya masyarakat setempat.

Hafiz turut mencadangkan supaya MAIS menyenaraikan beberapa pendakwah yang berdakwah atau mengeluarkan sebarang ucapan diragui kandungannya.

“Kita boleh mengambil contoh pendekatan yang diambil beberapa negeri lain khususnya di Johor yang menyenaraikan penceramah berbahaya kerana menyampaikan dakwah dan ucapan yang diragui kesahihannya.

“Cara ini sekurangnya dapat menyekat pengaruh terhadap sebarang ajaran yang tidak selari dengan konteks Islam itu sendiri,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-03-02 09:14:30 daripada Administrator

  •  
  • Print