Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Operasi padam kebakaran Batu Caves selesai hari ini

BATU CAVES, 28 FEB: Operasi memadam kebakaran di Bukit Batu Kapur, Kampung Sri Gombak dekat Batu Caves dijangka selesai sepenuhnya hari ini.

Ia susulan hampir 99 peratus kawasan terbabit sudah dipadamkan sehingga lewat malam tadi.

480542_970450313039569_197860721682606566_n

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Selayang, Azrul Khairi Abu Bakar, berkata pihaknya menjalankan pemugaran untuk memastikan api tidak merebak semula ekoran angin kuat.

“Sekarang tinggal bara api sahaja, namun kami bersiap sedia 24 jam sehingga esok (hari ini) bagi memantau keadaan.

“Kebiasaannya kawasan perlu diberi tumpuan akan dapat dilihat pada waktu malam,” katanya kepada Bernama.

Azrul berkata, sebanyak tujuh jentera dan 60 pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Selayang, Batu Arang, Kuala Kubu Bharu dan Gombak Selatan terlibat dalam operasi berkenaan.

Pada 26 Februari lalu, hutan di bukit batu kapur di Batu Caves terbakar membabitkan kawasan seluas kira-kira 12 hektar.

Kawasan hutan itu kira-kira satu kilometer dari kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-03-02 11:19:09 daripada Administrator

  •  
  • Print