Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

RM2.03 juta manfaatkan 21,135 peserta Mammogram

PETALING JAYA, 28 FEB: Seramai 21,135 wanita seluruh Selangor sudah menikmati manfaat program Mammogram dengan peruntukan RM2.03 juta setakat Disember 2015.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata Kerajaan Negeri memperuntukkan RM1 juta setiap tahun bagi menyediakan khidmat saringan mammogram secara percuma.

IMG-20160228-WA0004

“Daripada jumlah itu, seorang peserta mammogram meninggal dunia akibat kelewatan didiagnosa.

“Ketika itu beliau berada pada tahap tiga kanser payudara dan daripada jumlah ini juga seramai 176 orang dikenal pasti mempunyai tanda kanser.

“Mereka ini dirujuk ke hospital ataupun pakar untuk rawatan lanjut,” katanya pada program Mammogram Selangor 2016 di Padang Desa Mentari 11, di sini.

Hadir sama, Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Medan, Haniza Talha dan Ketua Pegawai Eksekutif Rantaian Mesra Sdn Bhd, Kamsani Nasir.

Pada masa sama, Daroyah turut menasihatkan orang ramai supaya menitikberatkan langkah pencegahan sebagai usaha mengelakkan berlakunya kanser.

image

“Dengan kemudahan dan teknologi perubatan masa kini, kita dapat mencegah kematian awal berlaku serta melakukan rawatan sewajarnya bagi memulihkan kesakitan mahupun penyakit.

“Dan lebih penting mengamalkan gaya hidup sihat, pengambilan makanan seimbang serta berfikiran positif supaya dapat dijauhkan sebarang penyakit,” katanya.

Kira-kira 300 wanita hadir mengambil peluang mendapatkan rawatan melalui Digital Mobile Mammogram atau khidmat saringan mammogram bergerak oleh Majlis Kanser Nasional (MAKNA).

Mereka turut diberikan pendedahan, ilmu dan pencerahan berkenaan kepentingan menjaga kesihatan serta menjalani gaya hidup sihat bagi mencegah kanser.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-03-07 17:13:55 daripada Administrator

  •  
  • Print