Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Juara qariah Selangor sambung legasi keluarga

SEPANG, 5 MAC: Legasi keluarga Panut dalam Tilawah Al-Quran Peringkat Selangor diteruskan Nor Faizah Panut selepas beliau diumumkan sebagai juara kategori qariah malam tadi.

Ibunya, Jamiah Simin, 59, menganggap kejayaan itu sebagai penyambung legasi ditinggalkan beliau dan suaminya, Panut Markom, 69, yang sebelum ini pernah beberapa kali mewakili Selangor ke peringkat kebangsaan.

ibu keluarga tilawah

“Kelima anak saya pernah ke peringkat kebangsaan termasuk yang bongsu sekali pernah menjuarai kategori sekolah rendah dan menengah sebanyak tiga kali, tetapi untuk Tilawah dia belum cukup umur lagi.

“Kini, Nor Faizah pula berjaya ke peringkat kebangsaan kali kedua, jadi tentulah rasa gembira,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau ditemui pada Majlis Penutupan Rasmi Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Selangor 1437H/2016M di Masjid Jamek Sultan Hisamuddin, Badar Baru Salak Tinggi, di sini.

Mengimbas kembali kejayaan peribadinya, Jamiah berkata, beliau pernah menjuarai Tilawah Al-Quran peringkat Selangor dan layak ke peringkat kebangsaan sebanyak tujuh kali.

keluarga tilawah

Sementara itu, tiga anak beliau menyertai Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Selangor kali ini iaitu Nor Faizah, Fakhrurazi dan Nur Fathiyah.

“Saya ajar mereka dari kecil dan pastikan mereka tamatkan Iqra’ dan masuk Al-Quran pada darjah satu supaya senang kita ajar mereka lagu dan kuasai tajwid selepas itu.

“Biasanya mereka qatam Al-Quran pada darjah dua atau tiga, bila saya ajar yang besar adik-adik kecil selalu dengar menyebabkan mereka senang nak ikut,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-03-07 17:11:48 daripada Administrator

  •  
  • Print