Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Stadium Shah Alam dijangka boleh diguna 5 April

SHAH ALAM, 14 MAC: Stadium Shah Alam dijangka boleh mula digunakan pada aksi Liga Super, Selangor menentang Kedah pada 5 April nanti apabila kerja mengganti rumput baru dijangka siap sepenuhnya pada 18 atau 19 Mac ini.

Pengurus Pasukan Selangor, Amirudin Shari, kerja menanam rumput jenis ‘cow grass’ menelan kos RM200,000 itu mengambil masa kira-kira tiga hari selepas ditanam sebelum akarnya menjadi kuat untuk digunakan pada perlawanan akan datang.

YB Amiruddin melawat Stadium Shah Alam (ASRI) (1)

Katanya, rumput jenis ‘cow grass’ iaitu sejenis rumput paling tahan dan digunakan di beberapa stadium termasuk di Stadium Larkin, Johor Baharu juga menggunakan rumput jenis ini.

“Kerja ini menelan kos sebanyak RM200,000 dan kerja bermula selepas berakhir Piala Malaysia. Bukan tanam rumput sahaja, di bahagian bawah tanah juga ditanam bahan tertentu untuk mengukuhkan lagi akar bila rumput ini ditanam.

“Ini sesuai dengan keadaan Stadium Shah Alam yang terpaksa menjadi tuan rumah kepada perlawanan Antarabangsa,” kata Amirudin kepada media selepas meninjau kemajuan kerja menggantikan rumput di Stadium Shah Alam di sini, hari ini.

Katanya, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) turut menjalankan kerja menggantikan rumput ini pada sebelah malam ekoran keadaan cuaca panas pada masa ini.

Amirudin juga berharap, tumpuan pemain ketika perlawanan dapat ditingkatkan apabila bermain di Stadium Shah Alam nanti.

“Bermain sebagai tuan rumah memang mempunyai kelebihan tersendiri tetapi bukan jaminan sebab kita dapat lihat pada musim lalu, kita tewas dengan Kelantan 0-3 di laman sendiri dan begitu juga dengan Tampines Rovers.

“Cuma saya ingin sebutkan bila bermain di laman sendiri dengan padang yang baik, fokus pemain boleh ditingkatkan,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-03-17 15:10:29 daripada Administrator

  •  
  • Print