Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

MDKS serbu pusat hiburan dan pusat siber

KUALA SELANGOR 28 MAC: Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) menjalankan operasi bersepadu pusat hiburan bersama agensi seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor (PKDKS).

Setiausaha MDKS, Tuan Azahari Sairin, berkata operasi itu dilakukan di kawasan taman perumahan iaitu di Taman Sahabat dan Taman Malinja (sekitar Tanjung Karang) pada 24 Mac lalu.

MDKS12

Katanya, dalam operasi di Taman Sahabat, Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan MDKS mendapati sebuah pusat karaoke beroperasi sebelum mendapat kelulusan permohonan lesen.

“Turut disita  sebuah set karaoke di pusat karaoke Taman Malinja yang beroperasi tanpa lesen daripada Majlis.

“Tindakan sitaan diambil ekoran rungutan orang awam mengenai bunyi bising premis itu,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata tindakan kompaun diambil di bawah Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1995.

“Sebuah pusat siber bersebelahan di pusat karaoke diambil tindakan sitaan di bawah Undang-Undang Kecil Pusat Siber dan Kafe Siber (MDKS) 2007 setelah didapati beroperasi tanpa lesen.

“Secara keseluruhan, operasi bersepadu ini berjaya menyita satu set karaoke, 14 skrin monitor dan 14 unit pemprosesan pusat (CPU),” katanya.

Azahari berkata saringan ujian air kencing turut dilakukan AADK kepada penjaga dan pengunjung premis terlibat.

“Pihak Majlis menjalankan pemantauan dan operasi secara berterusan.

“MDKS turut berterima kasih kepada orang awam yang turut membantu menyalurkan maklumat kepada pihak Majlis,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-03-30 11:18:32 daripada Administrator

  •  
  • Print