Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

HIJRAH: Perluas kursus tarik lebih ramai peserta

SEKINCHAN, 3 APRIL: Komited meningkat pencapaian ekonomi dan taraf kehidupan usahawan, HIJRAH Selangor  merancang meluaskan penganjuran kursus bimbingan keusahawan mengikut zon.

Ketua Pengurus Operasi HIJRAH Selangor, Roslim Md Akhir, berkata usaha itu diyakini mampu menjejaki lebih ramai usahawan untuk dibimbing sekaligus membantu mereka berjaya dalam perniagaan.

pc hijrah 1-web

“Kini kita merancang meluaskan lagi kursus seperti ini dengan menganjurkannya di setiap zon (cawangan) di seluruh Selangor.

“Menerusinya, matlamat program akan lebih tersebar luas dengan pembabitan lebih ramai peserta,” katanya kepada SelangorKini di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas berakhir Kursus Usahawan HIJRAH Selangor disertai 30 peserta dari Sungai Besar, Tanjong Karang dan sekitarnya.

Roslim berkata, kursus dijalankan HIJRAH Selangor tidak setakat membabitkan peserta, malah anak-anak  peserta juga turut dilibatkan bertujuan melahirkan keluarga bahagia di negeri itu.

HIJRAH Sungai Besar

“Kalau melahirkan keluarga bahagia bukan setakat ibu bapa tetapi keseluruhan ahli di dalam keluarga itu,” katanya.

Setakat ini, tiga kursus dianjurkan HIJRAH Selangor menerusi program INSAN di bawah Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan dengan penekanan mengubah sikap dan pemikiran rakyat untuk meningkatkan taraf hidup dan berusaha gigih secara jujur dan amanah.

Antara objektif HIJRAH Selangor ialah memberi bantuan pinjaman mikrokredit kebajikan serta berkongsi kekayaan Kerajaan Negeri kepada masyarakat miskin bandar yang memerlukan.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-04-14 10:25:18 daripada Administrator

  •  
  • Print