Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Mangsa kebakaran terima bantuan segera RM1,500

KUALA SELANGOR, 8 APR: Kerajaan negeri menzahirkan rasa simpati kepada mangsa kebakaran rumah, Zuriyana Marjunit dengan menghulurkan bantuan segera sebanyak RM1,500 sewaktu lawatan Exco Kebajikan, Dr. Daroyah Alwi di Kampung Batu 4, Ijok, semalam.

Daroyah berkata, RM1,000 diberi kepada ibu mangsa sebagai khairat kematian dan RM500 bagi bantuan rumah terbakar.

Zuriyana

“Dengan kerjasama zakat kita akan cari penyelesaian membantu membina balik rumah mangsa kebakaran dibawah program Bantuan Rumah Prihatin.

“Selain itu, sokongan moral juga perlu diberi perhatian lebih kepada Zuriyana selepas kehilangab kedua anaknya,” katanya.

Turut hadir Yang DiPertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Noraini Roslan, Pegawai Daerah Kuala Selangor, Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Berdasarkan maklumat awal, dua beradik ditemui rentung dalam bilik tidur mereka dalam satu kebakaran selepas dikawal bomba jam 4.48 pagi.

Mangsa dikenal pasti sebagai Muhammad Darnish Irfan Muhd Azmi, 15 dan adiknya Muhammad Darnish Israk Muhd Azmi, 14.

Rumah Zuriyana

Ibu mangsa, Zuriyana berkata, beliau menyedari keadaan rumah semakin panas selepas terjaga dari tidur.

Beliau cuba mengejutkan ahli keluarganya, namun kedua anaknya tidak dapat menyelamatkan diri kerana dipercayai terkurung dalam bilik akibat api yang semakin merebak sebelum ia meletup.

Selain Zuriyana, nenek mangsa, Sainah Saidi dan bapa saudara mangsa, Mohd Khainizam turut terselamat dalam kebakaran yang memusnahkan rumah mereka hampir 80 peratus.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-04-14 10:36:23 daripada Administrator

  •  
  • Print