Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Terjah lokasi hotspot, MB mahu masyarakat gempur perangi denggi

SHAH ALAM, 24 APR : Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali turun padang menerjah lokasi hotspot denggi di Rumah Pangsa Seksyen 28, Persiaran Kuala Langat dan Apartmen Anggerik Seksyen 7 Bandar Baru Bangi.

Konsisten memastikan usaha memerangi penularan denggi dapat dijayakan, beliau bersama Lembaga Perumahan Hartanah Selangor dan Jabatan Kesihatan Negeri membuat tinjauan dengan melakukan kerja pembersihan di kedua-dua lokasi berkenaan.

CP2A6893
 

Hasil tinjauan itu, Mohamed Azmin berkata terdapat tempat pembuangan sampah tidak dapat menampung kepadatan bahan buangan itu khususnya di kawasan perumahan kos rendah.

Lebih memburukkan keadaan katanya, wujud juga segelintir masyarakat kurang mempunyai kesedaran dan tangunggjawab memerangi wabak itu.

“Beberapa kes denggi dilaporkan di seluruh negeri jadi saya ambil keputusan untuk turun dan melihat sendiri masalah berlaku di kawasan hotspot denggi.

“Masalah utama di kawasan ini adalah tidak ada tempat pembuangan sesuai dan kukuh di setiap blok perumahan.

“Penduduk pula kita dapat kesan mereka buang sampah di tong sampah yang sudah penuh dan menyebabkan sampah itu jatuh ke jalan dan masuk ke dalam longkang.

CP2A7006
 

“Faktor inilah menyebabkan kes ini menjadi serius dan menjadi punca nyamuk membiak serta mengundang kepada peningkatan penyakit denggi,” katanya kepada pemberita selepas selesai mengadakan tinjauan di kawasan itu.

Hadir sama, Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, Pengarah Eksekutif LHPS, Norzaton Aini Mohd Kassim, Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad, Timbalan Pengarah Negeri Kesihatan Awam, Dr Ling He Mey dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Bangi Shafie Ngah.

Komited mengatasi masalah itu, Mohamed Azmin berkata, RM1 juta diperuntukkan bagi tujuan penambahan kemudahan unit tempat letak sampah yang lebih baik kepada penduduk.

Jumlah tersebut merangkumi 1000 tong sampah untuk dibekalkan di kawasan perumahan kos rendah dengan setiap satunya berharga RM900.

Tambahnya, pihak berkuasa tempatan juga lebih kerap membuat pemantauan di kawasan hotspot denggi dalam tempoh seminggu untuk membersihkan longkang dan kawasan persekitaran.

“Kita harap dengan inisiatif ini, penduduk boleh memberikan kerjasama untuk menjaga kebersihan di kawasan perumahan mereka,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-09-06 15:42:05 daripada Administrator

  •  
  • Print